|
Temubual Bersama Encik Fazli Bekas Mangsa
Banjir
Lokasi : Kampung Tulang Gajah, Muar Johor

Saya: Hai saya
Ashraf dari Harapan Komuniti, pada hari ini saya ingin menemubual
encik mengenai banjir yang baru-baru ini melanda kampung ini dan
sebahagian besar pantai barat semenanjung
Malaysia
. Boleh encik perkenalkan diri encik untuk mengetahui serba
sedikit tentang diri encik.
Encik Fazli: Oh boleh,
Nama saya Fazli bin Abu Bakar, saya sudah berkahwing dan menetap
di kampung ini selama 15 tahun dan dikurniakan dengan 5 orang
cahaya mata. Umur mereka dalam 4 hingga sebelas tahun.
Saya: Syukur Tuhan,
berapakah pendapat encik untuk menampung pendapatan encik dan
seisi keluarga?
Encik Fazli: Pendapatan
saya hanya RM300 sebulan, walaupun begitu makan dan minuman kami
banyak diambil daripada hasil tanah pusaka kami yang tak seberapa
ini.
Saya: Wah hebat encik!
Dengan hasil pendapatan yang begini, encik masih boleh menyara
keluarga encik. Encik, adakah banjir yang sebegini besar pernah
berlaku sebelum ini di kampung ini?
Encik Fazli: Pada tahun
1991 pada hari perkahwinan saya ada berlaku banjir yang agak besar,
tetapi banjir itu tidak sebesar yang melanda kampung ini baru-baru
ini. Banjir yang baru-baru ini, air naik setinggi 4 kaki.
Saya: Berapa lama
banjir yang melanda baru-baru ini?
Encik Fazli: Ianya
berlaku lebih kurang 5 minggu dengan air surut sementara selepas
minggu yang ketiga selama
lima
hari dan naik semula selama satu minggu. Banjir ini berlaku pada
bulan Disember 2006 hingga penghujung bulan Januari 2007.
Saya: Saya pasti banyak
masalah dan kemusnahan yang berlaku yang terpaksa dilalui oleh
encik, bolehkah encik terangkan serba sedikit dan anggaran
kerugian yang encik tanggung.
Encik Fazli: Rumah
terpaksa ditinggalkan sepenuhnya, banyak kerosakan pada harta
benda seperti perabot, alatan elektrik dan ternakan, saya
menganggarkan kerugian yang dialami adalah sebanyak RM10000.
Saya: Wah, banyak
kerugian yang encik alami, adakah encik dibantu oleh mana-mana
badan semasa dan selepas banjir?
Encik Fazli:
Badan-badan yang banyak membantu adalah DRB-Hicom, Mercy Malaysia,
Tengku Mahkota Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, UMNO cawangan
Kampung Tulang Gajah dan Harapan Komuniti.
Saya: Syukur Tuhan,
banyak badan yang membantu! Adakah terdapat apa-apa masalah
seperti pengagihan bantuan?
Encik Fazli: Ya, ada
sesetengah badan yang tidak mengagihkan bantuan dengan adil serta
bantuan yang tiba lewat. Badan ini hanya menghulurkan bantuan
kepada mereka-mereka yang mempunyai fahaman politik dengan mereka
dan kroni-kroni mereka sahaja. Walaupun begitu kebanyakan badan
seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan DRB-Hicom banyak
menyumbang dan membantu tanpa mengira sesiapa. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Harapan Komuniti kerana sudi
meluangkan masa untuk bersama keluarga kami dan mengecat rumah
kami yang rosak kerana banjir ini.
Saya: Terima kasih
Encik Fazli kerana sudi meluangkan masa untuk bercerita serba
sedikit mengenai musibah yang menimpa baru-baru ini. Saya daripada
badan kebajikan Harapan Komuniti berharap kami boleh menambahkan
lagi bantuan dan juga menjadi berkat kepada keluarga encik dan
sesiapa juga yang kurang bernasib baik suatu hari nanti.
Encik Fazli: Kalau
boleh datanglah lagi ke kampung ini, selamat tinggal.
|